Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Tuesday, June 19, 2012

IPGKS Miri?


Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Selama 29 tahun di lokasi baru, maktab dipimpin oleh 3 orang pengetua iaitu Encik James Wee Lai Khoon , Puan Hajah Zakiah Haji Omar dan Dr. Zulmahari Merawi. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun di iktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) adalah salah satu daripada 27 buah kampus di Malaysia. mengendalikan berbagai kursus antaranya , Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-R), Kursus Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah JQAF (KPLI-JQAF), KDC Pengajian Cina dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR).

Pada 19.Jun.2012, En. Ling telah berkongsi maklumat mengenai pelan kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan ekonomi negara. Kemungkinan bangunan Institut atau infrastruktur ini akan menjadi sejarah yang menyimpan banyak kenangan kepada tenaga pengajar di masa hadapan sekiranya bangunan ini ditutup atau digantikan menjadi institusi yang menjana ekonomi negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama