Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Thursday, June 28, 2012

ISL MINGGU 1: HANISAH


TUGASAN 1

Konsep Pentaksiran

Proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
Merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Konsep Pengujian

Proses penyerahan set soalan yang perlu dijawab atau set instrumen bersama 1 prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Milagros 1981- ujian adalah 1 cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan terkawal atau sebaliknya.
Cronbach 1970- ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau 1 sistem yang berkategori.
Hasil daripada pemarkahan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagaimarkahakan diberikan kepada pelajar tersebut.

Konsep Penilaian

Cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
Penilaian adalah proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memeberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam 1971- penilaian adalah proses mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.

Prosedur Penilaian
1. persediaan ujian
2. pentadbiran ujian
3. pemeriksaan jawapan ujian
4. analisis ujian
5. interpretasi dan tindakan susulan

TUGASAN 2

Taksonomi Bloom

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005): kajian tentang prinsip, peraturan & amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
Terdapat tiga domain utama iaitu domain kognitif, doamain afektif dan domain psikomotor.
1. domain kognitif: perkembangan pemikiran pelajar
2. domain afektif: perkembangan sikap dan nilai pelajar
3. domain psikomotor: perkembangan kemahiran fizikal pelajar

Ciri-ciri Taksonomi Bloom
Menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan
Membuat saoalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar
Bercorak hierarki (tahap rendah -tinggi)


TAHAP
ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,
tulis semula.
Penggunaan/aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Domain Krathwohl

Diasaskan oleh David R. Krathwohl .
Bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi & sikap.
Guru seharusnya berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik.
Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Domain ini terdiri daripada 5 peringkat iaitu:
1. penerimaan
2. gerak balas
3. penilaian
4 organisasi
5. perwatakan




















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama