Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Wednesday, June 27, 2012

ISL Minggu 2 BMM3103 By: Alfie Khan


TAKSONOMI BLOOM (domain kognitif) Penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif) Menekankan domain kognitif. Aspek pengetahuan: Fakta, Teori, Hukum.

Tujuan: Membina kebolehan, pemikiran dan pemahaman.

Contoh soalan: Beri pendapat ATAU menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi.

6 peringkat dalam Taksonomi Bloom:

1.Pengetahuan
2.Kefahaman
3.Aplikasi
4.Analisa
5.Sintesis
6.Penilaian

PENGETAHUAN
Mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan.
Objektif am: mengetahui objektif khusus/spesifik: melabelkan, menyatakan, menuliskan, menamakan. Aras pengetahuan:Apa, siapa, bilakah, nyatakan, terangkan.

Perhatian: soalan berbentuk negatif (mengandungi perkataan kecuali) tidak boleh melebihi 20% dalam pembinaan soalan.

KEFAHAMAN
mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan.
Aras:

1.Menterjemahkan isi kepada huraian
2.Memberi tafsiran/ makan sesuatu maklumat.
3.Aras ektrapolasi (tafsiran yang dibuat lebih panjang daripada aras memberi tafsiran)
4.Tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang      digambarkan.

Tujuan:
1.Memahami sesuatu
2.Menjelaskan/ menjangka kemungkinan
Objektif am:-Memahami, menjelaskan, menterjemahkan, menelaah
 Objektif khusus/spesifik:-Menjelaskan, menerangkan, membezakan, merumuskan, menulis, meringkaskan, Jenis:Jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakanContoh: meringkaskan cerita karangan/ perkataan berlawan atau perkataan seerti.

*Apabila kita faham, kita boleh jelaskan contoh soalan membezakan: kebaikan tinggal di kampung daripada di bandar..

APLIKASI
Penggunaan maklumat

Tujuan:
1. Untuk pengetahuan mujarat (abstrak)
2.Untuk menyelesaikan masalah/ situasi yang abstrak kepada konkrit(maujud)

Objektif am:-Menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan.
Objektif khusus/spesifik:-Menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

Jenis: Bagaimana../Berikan..
Aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori.
Contoh soalan: Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau?
Perbincangan mengenai perkaitan di antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian dengan Taksonomi Bloom serta Domain Krahtwol.....
-membantu bagaimana untuk mendapatkan tahap/kemajuan mengikut p&p yang dirancang.
-membina soalan berdasarkan panduan mengikut aras yang telah ditetapkan.

ANALISA/ANALISIS
kebolehan menceritakan dan meyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

Tujuan:
-menaakul sebab
-meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

Contoh soalan= Berikan sebab atau faktor.......

Objektif am
-menjelaskan, menilai kerelevenan data, mencerakinkan, menaakul.
Objektif spesifik
-mencerakinkan,mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi
Contoh soalan= yang manakah tidak menggunakan kata kerja dengan betul

Kosa kata popular
-Bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan
-sebab,mengapa, huraikan
-menaakul
-mencerakinkan

SINTESIS
mencantumkan. menghubungkan,mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan.

Tujuan
-membentuk sesuatu yang baharu

Objektif am
-menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan,menghasilkan karya

Objektif spesifik
-menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta
Contoh= diberi perkataan "inisiatif"..maka pelajar hendaklah membuat ayat berdasarkan perkatan tersebut.

Kosa kata popular
-gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan

Contoh
-Senaraikan beberapa cara kamu untuk mengatasi masalah itu...
-Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan...

PENILAIAN
-menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesahkan, memberi pendapat sesuatu penyataan dll..

Tujuan
-membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

Objektif am
-menimbang nilai, ketekalan dan kecukupan data.

Objektif spesifik
-menilai, membuat pertimbangan.
Jenis
-sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.

Contoh= Berikan pendapat...

Kosa kata popular
-nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan

Contoh soalan
-Pada pendapat kamu...
-Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program .Bincangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama