Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Thursday, June 28, 2012

ISL MINGGU 2: HANISAH


Pengenalan
Kubiszyn & Borich (2003)- JSU (Test Specification Table) adalah carta 2 hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
JSU sebagai panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar & objektif pengajaran yang perlu dicapai.
Rancangan persediaan item/ soalan/ test blue print/ test spesification.

Tujuan Pembinaan JSU
1. ujian tidak dibina secara sembarangan.
2. dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
3. panduan kepada penggunbal soalan.
4. menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari masa ke semasa.
5. menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang.

Ciri-ciri JSU
1. mempunyai tajuk yang hendak diuji.
2. senaraian aras kemahiran yang hendak diuji.
3. paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar adalah kemahiran yang hendak diuji.
4. gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian.
5. merangka secara nyata bidang yang akan diuji.

Langkah Pembinaan JSU
1. menyenaraikan tajuk yang hendak diuji.
2. menentukan soalan yang akan dibina berasaskan pertimbangan yang baik.
3. membuat jadual.
4. menentukan jenis ujian.
5. menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei)
6. menyatakan mata pelajaran (susunkan mengikut soalan dan mengikut tajuk)

Kepentingan JSU
Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.
Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang.
Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.
Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun.
















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama