Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Wednesday, June 27, 2012

PENGERTIAN PENTAKSIRAN M1


PSV 3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PSV
Pengertian Dan Konsep Pentaksiran Psv
Ahli kumpulan :
Hanisah
Hilda
Raylyn
Nabilah
Chrisroystone
Alfie
Pengertian Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p
Memperbaiki p&p

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
  • Instrumen
  • Kumpulan yang ditaksir
  • Respon
  • Kumpulan yang menaksir
  • Skor
Ciri pentaksiran yang baik

Kesahan Skor :
    Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
Kebolehpercayaan Skor:
    merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
Keobjektifan :
    ketepatan seseoran pentaksir memberikan skor
Kebolehtadbiran :-
    kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah
Kemudahtafsiran :-
    Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan     
    mengadakan ujian
Kekomprehensifan:-
     kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran p&p

Konsep pentaksiran
  • Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
  • la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.
  • Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid
  • ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

KONSEP PENGUJIAN
Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar, daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain).

JENIS-JENIS PENGUJIAN
Pengujian Formal
    Bentuk pengujian formal melibatkan pengujian rasmi  yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.
Pengujian Tidak Formal
    Bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi  soal jawab dalam melihat penguasaan  pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.

PENGUKURAN
KUANTITATIF
Kuantiti atau jumlah sesuatu usaha yang dapat dinilai.
Menurut kamus oxford kuantitatif adalah:
Sesuatu yg dapat dikira dan dikaitkan dengan kualiti.
PENGUKURAN
PRESTASI
Dapat menentukan kualiti dan tahap.
Menurut kamus oxford prestasi adalah:
(prestasi) hasil yang telah diperoleh (dicapai dan lain-lain), pencapaian

BAGAIMANA?
contoh peratus yang diperolehi dalam peperiksaan. Kita hanya mengukur dengan angka tetapi kita tidak menyatakan prestasi pelajar itu baik ataupun sebaliknya.

KONSEP PENILAIAN
Menilai: proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda.
Popham (1975) : penilaian sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang normal tentang nilai fenomena pendidikan.
D. Stufflebeam : proses menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan dan tindakan susulan.

Penilaian adalah merupakan proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat penafsiran dan keputusan.
Penilaian dalam pendidikan melibatkan:
i.perancangan yang rapi bagi menilai perkara & objektif P&P.
ii.Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengujian dan pengukuran.
Penilaian dalam bilik darjah melibatkan:
i.Proses mengumpul maklumat tentang strategi/aktiviti P&P.
ii.Menganalisis/membuat keputusan & merancangan tindakan seterusnya.
iii.Proses sistematik untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif, strategi, kaedah dan teknik P&P.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama