Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Sunday, July 1, 2012

Dari Pensyarah BMM

Salam sejahtera kepada semua. Pada hari Isnin (02.07.2012) saya telah berjumpa dengan pensyarah BMM kita iaitu En. Ling. Kami berbincang mengenai perkembangan Blog ini. Beliau berpesan kepada semua rakan-rakan supaya membiasakan diri dengan kaedah blog ini kerana ia membawa banyak manfaat.

Pensyarah kita juga menyarankan kita supaya mendalami sedikit sebanyak ilmu mengenai ICT. Beliau mencadangkan supaya kita bertanya kepada jabatan teknologi dan maklumat untuk membantu kita dalam menguruskan blog ini. Kita juga boleh bertanya kepada senior dan mana-mana pengajian yang pernah diajar oleh beliau. Kerana pengajian berkenaan telah menggunakan kaedah ICT Blogging untuk berkongsi maklumat.

Apa-apapun, beliau mencadangkan pada satu masa nanti, blog ini harus memiliki kata laluan dan hanya mereka yang berdaftar sahaja yang dapat memasuki blog ini. Kita akan cuba memenuhi permintaan beliau, setakat ini sebagai permulaan. Blog ini masih terbuka cuma maklumat nya tidak dapat diambil dan ditiru. Blog ini belum diberikan akses khas kepada ahlinya kerana masih banyak di kalangan rakan-rakan membiasakan diri dengan sistem penulisan blog.

Diharapkan semua rakan-rakan memanfaatkan peluang yang ada dan kemudahan internet dengan sebaik-baiknya untuk tujuan pembelajaran kerana ICT merupakan sistem penstoran yang selamat dan menjimatkan ruang. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama