Kehadiran Ahli

Cari maklumat sini

Wednesday, June 20, 2012

testing2x

hai hai hai...saja2 est kat blog kta nie... chris, sy log in gna email sendiri ni. jd mcm mna? mo guna budayabelajar jg ka? hehehe :)



Tuesday, June 19, 2012

Tugasan PSV

Perhatian kepada semua rakan2 :

Harap maklum :)

PSV 3112? Penyuburan apa tu?


Hehhee.. salam sejahtera kepada semua. Semasa kuliah.. ada yang tiba2 menyebut Lukisan Penguguran diri, hahaha! sebenarnya Penyuburan diri.. Ok.. mari kita lihat apa yang dibincangkan di dalam kelas hari tu.



Minggu ini pensyarah berhadapan dengan cabaran praktikum selama 2 minggu. Maka jadual hendaklah sesuai dan diselaraskan. Pada minggu ini tadi. Pensyarah telah:
1.       Memperkenalkan matapelajaran PSV 3112 Lukisan dan penyuburan diri.
2.       Mengagihkan tugasan dan arahan berkaitan dengan persediian untuk subjek ini:
a.       Sediakan scatch book
b.      Drawing pad
c.       Perisian computer yang berkaitan
d.      Tugasan belum diberi.
3.       Pensyarah memperkenalkan amali dan bagaimana ia dilaksanakan:
a.       Pameran
b.      Lukisan menggunakan computer
c.       Lukisan Manual
d.      Tema dan tajuk berkaitan BUDAYA
4.       Kami diberi arahan untuk mula mendapatkan idea dan mula melakar.

Banyak juga lukisan sem ini kita kena buat. :)

Adakah anda bersedia menjadi guru di pedalaman?

Salam sejahtera kepada rakan2 semua. Ni gambar2 nak penuhkan blog yang masih sunyi ini. Mari hayati gambar ini. :)








Kuliah Pertama PSV 3111 kita



Untuk perjumpaan PSV 3111 Pentaksiran PSV kita hari tu... dapat dirumuskan bahawa Perjumpaan bersama pensyarah diadan di dalam bilik yang kecil dipenuhi oleh 2 pengajian yang mengambil subjek ini. Minor SV kelas Bahasa CIna dan Kelas kami Major Pendidikan SEni Visual mengambil ruang ini untuk berbincang mengenai:
1.       Mengagih tugasan:
a.       Kumpulan saya dan rakan mendapat tugasan berkaitan dengan pengenalan pentaksiran (PSV 3111 Pentaksiran PSV)
2.       Membuat cabutan undi melihat siapa yang mangambil giliran untuk perbentangan berkumpulan.
3.       Diberi arahan untuk mendapatkan maklumat.

Menguruskan penyediaan soalan kertas ujian
 Membuat soalan


IPGKS Miri?


Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Selama 29 tahun di lokasi baru, maktab dipimpin oleh 3 orang pengetua iaitu Encik James Wee Lai Khoon , Puan Hajah Zakiah Haji Omar dan Dr. Zulmahari Merawi. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun di iktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) adalah salah satu daripada 27 buah kampus di Malaysia. mengendalikan berbagai kursus antaranya , Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-R), Kursus Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah JQAF (KPLI-JQAF), KDC Pengajian Cina dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR).

Pada 19.Jun.2012, En. Ling telah berkongsi maklumat mengenai pelan kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan ekonomi negara. Kemungkinan bangunan Institut atau infrastruktur ini akan menjadi sejarah yang menyimpan banyak kenangan kepada tenaga pengajar di masa hadapan sekiranya bangunan ini ditutup atau digantikan menjadi institusi yang menjana ekonomi negara.

Monday, June 18, 2012

Perjumpaan BM kedua


Kami berbincang mengenai strategi kerajaan terhadap perancangan ekonomi negara kita untuk masa hadapan. Masa yang dijelaskan adalah pada tahun 2015. Pada 2015, kemungkinan IPG tidak akan lagi beroperasi sebagaimana hari ini. Strategi yang dirangka akan memartabatkan lagi profesyen perguruan dan memperbaiki ekonomi negara kita.



Pada masa hadapan juga negara kita akan mengutamakan sumber manusia yang mahir terutamanya dalam bidang teknikal dan kemahiran.



Hari ini belajar mengenai Taksonomi Bloom dan pengertian mengenai perkara berkaitan dengan pentaksiran. Mengapa kita harus mahir dalam matapelajaran ini? Guru akan mengendalikan proses menyemak dan memerhati perkembangan kognitif murid2 nya. Hari ini 6 peringkat Taksonomi Bloom diperkenalkan.. dan terdapat juga Taksonomi Solo. Taksonomi SOlo adalah versi Taksonomi yang lebih baru. 


BMM Perjumpaan Minggu pertama



Kelas dimulakan pada pukul 3pm dan berakhir pada 4pm. Rasanya selepas minggu ini kami akan mengubah jadual yang sedia ada untuk memudahkan pensyarah dan pelajar. Kami mengadakan perjumpaan ini berdasarkan kehendak jadual dan kredit mata pelajaran.
Hari ini pensyarah:
1.       Memperkenalkan subjek Minggu 1 BMM3103:
a.       Berdasarkan penjelasan beliau dapat saya simpulkan bahawa matapelajaran ini berkaitan dengan ,menghasilkan kertas soalan dan menguji murid2.
2.       Memberikan tugasan kepada kami.
a.       Toturial definisi pentaksiran.
b.      Amali Cari jenis2 ujian dan sila bandingkan pelbagai aspeknya.
c.       Hasilkan soalan berdasarkan peringkat Tuksonomi bloom.

Selamat datang


Selamat datang kepada semua ahli pengajian PPRSV 6. Matapelajaran untuk sem ini adalah BMM 3103 Pentaksiran BM + PSV3111 Pentaksiran PSV + PSV 3112 Lukisan Penyuburan Diri. Praktikal selama 2 bulan. Selamat menjalani kursus kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Web IPGKS Miri

Klik laman utama